Sebagai pelabur keinstitusian, tindakan dan tanggungjawab harus sejajar untuk memelihara kepentingan jangka panjang benifisiari masing-masing. Dalam memainkan peranan sebagai pemegang amanah, kami percaya bahawa isu-isu alam sekitar, sosial dan pentadbiran korporat (ESG) boleh menjejaskan prestasi portfolio pelaburan (ke tahap berbeza bergantung kepada syarikat, sektor, rantau, kelas aset dan peredaran masa). Kami juga sedar bahawa mengaplikasikan prinsip-prinsip ini mungkin dapat menyelaraskan objektif para pelabur dengan objektif masyarakat secara lebih meluas. Oleh itu, sebagai pemegang amanah, kami bertanggungjawab untuk:
1. Memasukkan isu-isu pentadbiran korporat (ESG) di dalam analisis pelaburan dan proses membuat keputusan.
Tindakan-tindakan yang boleh diambil:
Menitikberatkan isu-isu ESG dalam kenyataan-kenyataan dasar pelaburan
Menyokong perkembangan alat-alat, metrik dan analisis yang berkaitan dengan ESG
Menilai keupayaan pengurus pelaburan dalaman untuk meliputi isu-isu ESG
Menilai keupayaan pengurus pelaburan luar untuk meliputi isu-isu ESG
Meminta pembekal perkhidmatan (seperti penganalis kewangan, pakar, broker, firma penyelidikan, ataupun agensi taksiran) untuk mengintegrasikan faktor-faktor ESG ke dalam perkembangan penyelidikan dan analisis
Menggalakkan penyelididkan akedemik dan penyelidikan lain dalam bidang ini
Menggalakkan latihan ESG untuk profesional di dalam industri pelaburan
2. Menjadi pemilik yang aktif dan meliputi isu-isu ESG dalam polisi dan praktis pemilikan.
Tindakan-tindakan yang boleh diambil:
Mengembang dan mendedahkan satu polisi pemilikan aktif yang konsisten/selaras dengan PRI
Melaksanakan hak-hak pengundian dan memantau/mengawasi pematuhan kepada polisi pengundian (jika mendapat kontrak dari pembekal luar)
Memperkembangkan keupayaan untuk penglibatan (samaada secara langsung ataupun melalui penyumberan)
Merekodkan resolusi pemegang saham yang konsisten/selaras dengan pertimbangan jangka panjang ESG
Meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat dalam isu-isu ESG
Menyertai initiatif penglibatan kolaboratif
Menghendaki pengurus pelaburan untuk menjalankan dan melapor penglibatan dalam hal-hal ESG
3. Kami akan mendapatkan pendedahan yang sepatutnya mengenai isu-isu pentadbiran korporat (ESG) oleh entiti-entiti yang berada di dalam pelaburan kami.
Tindakan-tindakan yang boleh diambil:
Meminta supaya satu laporan yang selaras mengenai isu-isu ESG menggunakan kaedah seperti Global Reporting Initiative (GRI).
Meminta supaya isu-isu ESG disertakan di dalam laporan kewangan tahunan.
Mendapatkan segala maklumat-maklumat berkenaan dengan pengambilan atau kepatuhan kepada norma-norma, piawaian, kod tatalaku atau inisiatif antarabangsa yang berkaitan (seperti UN Global Compact) daripada syarikat-syarikat.
Menyokong inisiatif-inisiatif dan resolusi-resolusi pemegang saham di dalam mempromosikan pendedahan ESG.
4. Kami akan menggalakkan penerimaan dan pelaksanaan PRI di dalam industri pelaburan.
Tindakan-tindakan yang boleh diambil:
Memasukkan syarat-syarat mengenai PRI didalam permintaan kertas-kertas cadangan (RFPs)
Menyelaraskan mandat pelaburan, memantau tatacara, penunjuk prestasi dan struktur insentif (sebagai contoh, memastikan proses-proses pengurusan pelaburan mencerminkan jangka panjang apabila diperlukan)
Berkomunikasi dengan ESG mengenai jangkaan kepada pembekal-pembekal perkhidmatan pelaburan
Mengemaskini dan menyemak semula hubungan dengan pembekal-pembekal perkhidmatan yang gagal untuk memenuhi jangkaan ESG
Menyokong semua pembangunan untuk mengintegrasikan kriteria ESG.
Menyokong regulatori atau pembangunan dasar yang membolehkan pelaksanaan PRI.
5. Kami akan bekerjasama untuk mengukuhkan keberkesanan dalam melaksanakan PRI
Tindakan-tindakan yang boleh diambil:
Menyokong / menyertai rangkaian dan maklumat untuk dikongsi bersama-sama kaedah-kaedah PRI, mengumpulkan sumber, dan menggunakan laporan pelabur sebagai satu sumber pembelajaran
Mengumpulkan semua isu-isu relevan yang timbul.
Membangunkan atau menyokong semua usaha yang sesuai dalam inisiatif-inisiatif kolaboratif
6. Kami akan melaporkan aktiviti-aktiviti dan kemajuan di dalam penerapan PRI
Tindakan-tindakan yang akan diambil:
Mendedahkan bagaimana isu-isu ESG diserapkan di dalam kegiatan pelaburan.
Mendedahkan aktiviti-aktiviti pemilikan yang aktif (di dalam pengundian; komitmen dan penglibatan; dan/atau dialog polisi).
Mendedahkan apa yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan yang berkait rapat dengan PRI tersebut.
Berhubung dengan benefisiari atau pewaris mengenai isu-isu ESG dan PRI.
Melaporkan kemajuan atau pencapaian yang berkait rapat dengan PRI dengan menggunakan pendekatan ‘Patuh atau Terangkan’¹.
Usaha untuk menentukan kesan oleh PRI.
Menggunakan kaedah laporan sebagai usaha untuk membangkitkan keprihatinan pihak-pihak yang menaruh kepentingan secara meluas.
1. Kaedah "Patuh dan Terangkan" memerlukan penandatangan untuk melaporkan mengenai cara-cara yang digunakan untuk mematuhi dan mengaplikasikan PRI, atau menerangkan mengapa mereka tidak mematuhi PRI.
Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI) telah diperkenalkan oleh sekumpulan pelabur keinstitusian antarabangsa untuk mencerminkan kepentingan persekitaran, sosial, dan pentadbiran korporat di dalam aktiviti pelaburan. Proses ini telah dijalankan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Dengan menandatangani PRI, kami sebagai pelabur dengan secara umumnya berjanji akan menerapkan dan mengaplikasikan prinsip-prinsip ini sebagaimana perlu di dalam tanggungjawab fidusiari kami. Kami juga berjanji untuk menilai keberkesanan dan meningkatkan isi kandungan PRI mengikut peredaran masa. Kami percaya bahawa ini akan memperbaiki kebolehan kami untuk menepati komitmen-komitment kepada benefisiari dan juga menyelaraskan tujuan dan objektif kami untuk memenuhi keperluan masyarakat.
Kami menggalakkan pelabur-pelabur lain untuk melaksanakan Prinsip-prinsip ini